Tuesday, 27 August 2013

Bila Dah Kahwin

Bismillah

Sedar tak sedar dah 9 bulan aku kahwin. Kejap jer masa berlalu. Bila dah kahwin, semua aktiviti harian banyak yang berubah. Bila dah pegang title Puan, so perangai dan tanggungjawab pun kenala jadi cik puan gak. Banyak perkara kena fikir dulu sebelum buat. kalau tak nanti ada plak yang terasa. Sedikit sebanyak memang kena korban hati, perasaan & masa. Tapi hidup bersama memang indah. Bila sakit pening ada yang ambik peduli, bila susah boleh share masalah bersama. Pendek kata ada pro & con. Tapi lebih banyak baik dari buruknya sesebuah perkahwinan. Ada orang sesetengahnya takut nak berkahwin, takut semuanya berubah. Bagi aku yang penting teruskan berdoa semoga Allah beri petunjuk dan kebaikan dalam rumahtangga kita. Kita cuma hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Allah mengikut seperti apa yang hambanya fikirkan.

Lepas kahwin nie perkara yang paling aku susah aku nak buat ialah memasak. Aku ni pesen tak berapa minat nak memasak. Sebelum nie masa sorang-sorang aku lebih senang beli jer. Maklumlah housemate pun jenis jaga makan. Sikit-sikit diet, klu aku ikut kebuluq la aku.. So, bila dah kahwin nie, perut suami kena la jaga. Kalau aku tak jaga takut orang lain yang jaga. Bab-bab ngemas tak jadi masalah sangat sebab aku nie agak rajin ngemas (kononnyala). Sekarang nie bulan Syawal, aku berusaha untuk menghabiskan puasa 6. Bila dah puasa nie, balik keja mesti terpikir nak masak apa berbuka nanti. Makan kat kedai agak mahal & rasa kadang-kadang tak berapa nak best. Huhu.. Yang menaikkan semangat nak memasak nie bila asben puji masakan aku, walaupun aku tak berapa pandai & mahir tapi aku cuba gak memasak ikut menu yang dia suka. So far alhamdulillah, tak payah mana pun nak memasak, tambah plak kalau cik abang tolong sekali. Rasa mudah & senangnya memasak. Lagi plak boleh mengeratkan hubungan suami isteri. Yang penting kena rajin & buang perasaan malas yang ada. Kena banyak berdoa moga hilang rasa malas & niat nak beribadah. Memasak tue pun ibadah kan.

Yang bestnya, aku nie bukannya kenal bagai dengan nama-nama ikan, sayur & segala mak nenek bahan yang digunakan dalam masakan. So, bab nie kena rajin sikitla mencari. Zaman sekarang dah tak susah macam dulu, semuanya di hujung jari. Tekan jer apa benda yang kita tak tahu, semuanya nanti akan keluar. Imej macam mana, untuk apa & penerangan tentangnya. Aku pun tak tahu gak, kalau segan tanya orang rajin-rajinla mencari & study. Tak susah mana pun. Bila kita ada niat nak masak untuk suami, InsyaAllah dapat pahala & suami bertambah sayang. Maklumlah makan masakan air tangan isteri. Tak pandai masak bukan alasan, cari jer apa kita nak masak, semuanya ada depan mata dengan kemudahan internet. Aku kat sini selalu g kedai Mael Save. Aku suka beli kat sini sebab boleh beli banyak mana yang kita nak, tak perlu nak malu. Contohnya kalau nak makan ikan, aku pernah beli 2 ekor jer dengan harga singgit lebih. Beli kunyit hidup seketul & cabai 3 biji. Tak perlu beli banyak-banyak takut tak terpakai. Beli agak-agak untuk makan berdua jer. Murah dan menjimatkan. 

Alhamdulillah aku dah masak dua tiga jenis menu berat yang suami suka. Tak sedap pun takper buat permulaan, yang penting jangan berhenti mencuba. Rasa paling best bila suami puji, hilang rasa penat memasak tue, tak percaya cubalah.. Hehe... Masak juga satu ibadah, di samping makanan sihat, ia juga sangat menjimatkan...

Thursday, 21 March 2013

My hobby

Bismillah...


Emm, sangat seronok rasanya bila time nak balik kampung.. Yelah, dah lama tak balik kampung, last balik masa maulidur rasul aritu, tue pun balik dengan zura sebab asben keja.. Balik kampung kali nie, bolehla tengok anak ayam yang mak baru bela. Boleh ronda-ronda kat tebuk, ambik angin petang naik moto. Boleh g makan kat restoren terapung Kuala Gula. Tambah plak nak g Alor Setar makan kenduri. Dah lama tak g sana. Emm seronoknya la hai..


umah aku dari seberang jalan (masa kawen adik aku)
dekat umah tok kat tengah bendang


Aku dilahir dan dibesarkan di Kuala Kurau sampaila tahun 1999. Banyak sangat kenangan suka duka yang aku lalui. Kehidupan masa kecil sangatla ohsem. Sangat best kalau dikenang. Budak zaman sekarang sangatla rugi sebab tak dapat melalui kehidupan kanak-kanak sekitar tahun 80-an. Kalau nak dikira, semua permainan yang amat sihat dan aktif telah ku lalu. Ah, cakap apa jua permainan, pasti aku tak pernah terkecuali.

Ari nie tiba-tiba terkenang masa zaman aku kecik-kecik dulu. Memang paling bestla dalam meniti hari dewasa. Nak ditulis mungkin mengambil sikit masa (mungkin waktu lain). Tapi yang aku teringat masa remaja dulu aku suka sangat mengait. Bolehla kalau nak kait kain tutup tv, dan kecik-kecik yang lain. Tadi masa godek-godek pc aku jumpa blog ayzastudyo xsilap aku yang buatkan mood nak mengait balik semakin membuak-buak. Tengok jer benang kait buat aku tak keruan, cantik sangat. Pergh, aku rasa nie la minat aku yang tak pernah padam sedari dulu. Aku akan tanam balik & suburkannya. memangla boleh buat bisnes kalau begitu komited.. InsyaAllah, aku akan buktikan yang aku boleh buat macam orang lain. Memang jeles tengok diorang yang sangat kagum mengait & bila tengok hasilnya.. Bak kata pepatah, di mana ada jalan, di situ ada kemahuan. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. Crochet, i'm coming.. I love crochet.. 

sumber ayzastudyo
benang warna-warni
(sumber ayzastudyo)
Lepas balik kampung nanti nak cari benang dan mula kembali mengait. Esok nak pack barang untuk balik kampung. Yihaaaaaaaaaaa. Semoga selamat perjalanan kami suami isteri. Amin.. Selamat bercuti buat adik-adik & tak sabar nak tengok result spm adik aku.. Baru teringat arini hari jadi kawan baik aku masa belajar dulu. Selamat hari lahir kak zai, semoga berada dalam rahmat Allah selalu (doaku dari kejauhan)

Terima Kasih Allah atas segalanya..

Friday, 22 February 2013

Mulai dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah. Disudahi dengan alhamdulillah. Teringat lagu dari kumpulan nasyid Raihan. So, dengan rasminya aku yang sangat gatal tangan nak menaip mewujudkan blog ini sebabnya tersangatla bosan dengan kerja di sini (sebelum ni dah buat tapi dah penuh dengan sarang labah-labah, tak boleh nak masuk dah). Hanya sekadar suka-suka.  Ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada. Harapnya dapat bertahanla. Tanggal 22.02.2013 bersamaan 11 RabiulAkhir 1434H di hari Jumaat yang penuh barakah.  

Apa yang menarik tentang tarikh ini? Takder apapun, cuma banyak nombor 2. Masa dengar Suria pagi tadi, dapat tahu yang Allahyarham Sudirman telah meninggal pada tarikh tersebut 31 tahun yang lepas. Al-fatihah kepada arwah. Bercakap tentang arwah, teringat semasa beliau menghiburkan orang suatu waktu dahulu. Lagunya tetap evergreen & tak ditelan dek zaman. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin. Lepas tue Dj pasang lagu ni, so aku tempek lirik je sebab tak reti lagi nak upload video (sangat memalukan tapi takpe nanti aku search camner nak upload, huhu). Layan jelah bait-bait kata lagu nie.

Salam Terakhir 

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Sekian...

Terima Kasih Allah Atas Segalanya (tredemark penutup)