Tuesday, 27 August 2013

Bila Dah Kahwin

Bismillah

Sedar tak sedar dah 9 bulan aku kahwin. Kejap jer masa berlalu. Bila dah kahwin, semua aktiviti harian banyak yang berubah. Bila dah pegang title Puan, so perangai dan tanggungjawab pun kenala jadi cik puan gak. Banyak perkara kena fikir dulu sebelum buat. kalau tak nanti ada plak yang terasa. Sedikit sebanyak memang kena korban hati, perasaan & masa. Tapi hidup bersama memang indah. Bila sakit pening ada yang ambik peduli, bila susah boleh share masalah bersama. Pendek kata ada pro & con. Tapi lebih banyak baik dari buruknya sesebuah perkahwinan. Ada orang sesetengahnya takut nak berkahwin, takut semuanya berubah. Bagi aku yang penting teruskan berdoa semoga Allah beri petunjuk dan kebaikan dalam rumahtangga kita. Kita cuma hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Allah mengikut seperti apa yang hambanya fikirkan.

Lepas kahwin nie perkara yang paling aku susah aku nak buat ialah memasak. Aku ni pesen tak berapa minat nak memasak. Sebelum nie masa sorang-sorang aku lebih senang beli jer. Maklumlah housemate pun jenis jaga makan. Sikit-sikit diet, klu aku ikut kebuluq la aku.. So, bila dah kahwin nie, perut suami kena la jaga. Kalau aku tak jaga takut orang lain yang jaga. Bab-bab ngemas tak jadi masalah sangat sebab aku nie agak rajin ngemas (kononnyala). Sekarang nie bulan Syawal, aku berusaha untuk menghabiskan puasa 6. Bila dah puasa nie, balik keja mesti terpikir nak masak apa berbuka nanti. Makan kat kedai agak mahal & rasa kadang-kadang tak berapa nak best. Huhu.. Yang menaikkan semangat nak memasak nie bila asben puji masakan aku, walaupun aku tak berapa pandai & mahir tapi aku cuba gak memasak ikut menu yang dia suka. So far alhamdulillah, tak payah mana pun nak memasak, tambah plak kalau cik abang tolong sekali. Rasa mudah & senangnya memasak. Lagi plak boleh mengeratkan hubungan suami isteri. Yang penting kena rajin & buang perasaan malas yang ada. Kena banyak berdoa moga hilang rasa malas & niat nak beribadah. Memasak tue pun ibadah kan.

Yang bestnya, aku nie bukannya kenal bagai dengan nama-nama ikan, sayur & segala mak nenek bahan yang digunakan dalam masakan. So, bab nie kena rajin sikitla mencari. Zaman sekarang dah tak susah macam dulu, semuanya di hujung jari. Tekan jer apa benda yang kita tak tahu, semuanya nanti akan keluar. Imej macam mana, untuk apa & penerangan tentangnya. Aku pun tak tahu gak, kalau segan tanya orang rajin-rajinla mencari & study. Tak susah mana pun. Bila kita ada niat nak masak untuk suami, InsyaAllah dapat pahala & suami bertambah sayang. Maklumlah makan masakan air tangan isteri. Tak pandai masak bukan alasan, cari jer apa kita nak masak, semuanya ada depan mata dengan kemudahan internet. Aku kat sini selalu g kedai Mael Save. Aku suka beli kat sini sebab boleh beli banyak mana yang kita nak, tak perlu nak malu. Contohnya kalau nak makan ikan, aku pernah beli 2 ekor jer dengan harga singgit lebih. Beli kunyit hidup seketul & cabai 3 biji. Tak perlu beli banyak-banyak takut tak terpakai. Beli agak-agak untuk makan berdua jer. Murah dan menjimatkan. 

Alhamdulillah aku dah masak dua tiga jenis menu berat yang suami suka. Tak sedap pun takper buat permulaan, yang penting jangan berhenti mencuba. Rasa paling best bila suami puji, hilang rasa penat memasak tue, tak percaya cubalah.. Hehe... Masak juga satu ibadah, di samping makanan sihat, ia juga sangat menjimatkan...